Patutlah cadar dan tuala kat hotel biasanya warna putih, Ini rupanya…

Patutlah cadar dan tuala kat hotel biasanya warna putih, Ini rupanya…

Cadar dan tuala mandi boleh didapati dalam pelbagai warna seperti kelabu, merah dan biru. Bahkan anda sendiri atau orang-orang yang anda kenali pasti mempunyai cadar dan tuala mandi yang berbagai warna. Tetapi, pernah tak anda terfikir mengapa cadar dan tuala mandi di hotel kebanyakannya berwarna putih? Selimut yang disediakan mungkin berwarna-warni tetapi cadar dan tuala mandi hanya mempunyai satu variasi warna sahaja, iaitu putih.

Menurut Mentalfloss, hotel suka menggunakan cadar putih supaya dapat mengesan kekotoran dengan lebih cepat. Bayangkan jika katil mempunyai cadar yang lebih gelap, anda mungkin tidak dapat melihat sebarang kekotoran yang terdapat pada cadar tersebut seperti kutu busuk, Oleh itu, dengan cadar yang berwarna cerah, anda akan lebih yakin dengan tahap kebersihannya yang mungkin baru saja dicuci.

Tambah sumber itu lagi, Westin merupakan pemula yang mempopularkan motif berwarna putih sekitar tahun 1990-an. Idea tersebut turut mendapat sokongan daripada Erin Hoover, bekas Naib Presiden Reka Bentuk Hotel Westin dan Sheraton dengan mengatakan bahawa tempat tidur yang serba putih dapat menciptakan kesan halo. Beliau menambah “Orang  menganggap bilik telah diubahsuai sedangkan hanya tempat tidur yang telah berubah. Ia memberi kesan yang besar.”

Dari sudut logistik pula, cadar yang berwarna putih putih dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan. Kedua-duanya, iaitu cadar dan tuala boleh diletakkan di dalam  bekas basuhan yang sama tanpa takut warna akan luntur.

Hotel menggunakan teknologi dobi terkini, termasuk mesin ultrasonik yang dapat memecahkan kotoran. Mereka juga membuat beberapa kali kitaran basuhan. Oleh itu, “kesan halo” adalah sesuatu yang mungkin anda perlukan untuk membuat tempahan.

Sumber: MentalFloss