Pasangan kekasih ditemui maut dalam kancil, kakak kembar mohon jangan percaya cerita tak sahih

Pasangan kekasih ditemui maut dalam kancil, kakak kembar mohon jangan percaya cerita tak sahih

 

Semalam, satu berita yang cukup mengejutkan telah pun berlaku di daerah Alor Gajah, Melaka berikutan penemuan sebuah kereta jenis Perodua Kancil berwarna merah dalam keadaan mencurigakan. Lebih-lebih lagi, kenderaan tersebut turut ditutupi dengan sehelai kain canvas berwarna kelabu.

Kedua-duanya ditemukan dalam keadaan masih lengkap berpakaian

Setelah diselak, alangkah terkejutnya apabila menemui sepasang remaja lelaki dan juga perempuan berusia 20 dan juga 16 tahun dalam keadaan sudah tidak bernafas di tempat duduk penumpang hadapan serta pemandu. Kedua-duanya juga dalam keadaan masih lengkap berpakaian. Menerusi portal Harian Metro, rakan kepada gadis tersebut menceritakan pada sebelah petang sempat hantarnya untuk bertemu teman lelaki namun merasa tidak sedap hati.

 

@melakatv

Pemuda dan remaja perempuan bawah umur ditemui meninggal dunia dalam kereta di depan Kompleks Japerun Ayer Limau, Melaka .

♬ original sound – Melaka TV – Melaka TV

 

Pemuda dan remaja perempuan bawah umur ditemui dalam kereta di depan Kompleks Japerun Ayer Limau, Melaka .

Selepas asar, Allahyarham ada meminta izin menggunakan kereta bapanya untuk ke pantai

Sehinggalah akhirnya kakak kepada sahabat baiknya itu maklumkan dia tidak pulang sejak semalam lagi dan bergegas ke lokasi itu lalu menemui kereta berkenaan. Manakala ibu kepada pemuda tersebut pula menyatakan si anak ada minta izin guna kereta bapanya untuk keluarga ke pantai sekaligus tidak menyangka semua ini akan berlaku. Hasil siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah atau tanda kedua-dua remaja tersebut melakukan perkara sumbang di dalam kenderaan itu.

Remaja Ditemui Dalam Kancil, Kakak Kembar Minta Jangan Percaya Berita Tak Sahih 2

 

@sharulanur10

♬ original sound – ᶜⁱᵏᵖʲᵃᵃ – CikPjaa

Mohon jasa baik awak semua untuk tidak percaya cerita tak sahih sebab masih dalam siasatan ya

Dalam pada itu, kakak kembar kepada Allahyarhamah gadis tersebut menegaskan untuk tidak percaya sebarang berita yang tidak sahih. Dalam pada itu, dia juga sempat meminta untuk sama-sama mendoakan adiknya berkenaan. Di sebelah pihak pemuda tersebut pula, si adik sempat meluahkan rasa tidak percaya akan kehilangan mengejut berkenaan.

 

 

 

 

Kredit: Portal Harian Metro, TikTok MelakaTVSharulben10