Pasangan kekasih buat Love, reaksi Mamak ini pula buat netizen terhibur

Pasangan kekasih buat Love, reaksi Mamak ini pula buat netizen terhibur

Bagi pasangan yang sedang hangat bercinta, tentu ada kalanya anda pernah berada di dalam situasi yang kekok apabila gelagat anda dan pasangan menjadi perhatian. Sama macam situasi lucu yang dikongsikan pasangan kekasih ini yang mendapat perhatian daripada mamak yang bekerja di restoran itu.

Semasa pasangan kekasih ini baru sahaja ingin bermesra, kemunculan mamak itu yang datang menghantarkan pesanan mereka mencuit hati ramai netizen. Malah video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari setengah juta tontonan setakat ini.

@aididazhari

Tepat pulak anne hantar air hahah #cute

♬ WFM – Realestk

Di dalam video yang dikongsikan ini, pasangan kekasih itu dilihat berada di restoran mamak sambil menunggu pesanan mereka tiba. Mereka kemudiannya sengaja mahu melakukan bentuk love dengan tangan masing-masing namun lain pula yang berlaku.

Baru sahaja mereka ingin melakukannya, muncul pula mamak yang datang menghantarkan pesanan di meja mereka. Lebih melucukan, mamak itu kemudian segera menutup mukanya seolah-olah tidak melihat apa yang berlaku pada pasangan itu.

restoran mamak

Reaksi spontannya ini turut sama membuatkan gadis itu berdekah melihatnya apabila mamak itu segera beredar selepas itu. Mungkin juga mamak itu tidak mahu ‘kacau daun’ dan merosakkan suasana romantik di antara pasangan kekasih tersebut.

Di ruangan komen, netizen turut berdekah melihat reaksi spontan dari mamak itu sebaik sahaja melihatnya. Ada juga netizen yang berseloroh mungkin juga mamak itu berasa segan gara-gara muncul pada masa yang salah.

“Anne tersakiti.”

pasangan kekasih

“Hahaha the way dia tutup muka.”

mamak

“Anne be like: aa tak nampak tak nampak.”

komen

“Member single tu jangan lah menunjuk.”

tik tok