Pasangan baru berkahwin maut, terlebih minum ubat kuat waktu honeymoon
Kebanyakan pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pasti sudah merencanakan untuk berbulan madu bersama di lokasi menarik serta romantis. Kebiasaannya, pasti ramai yang memilih tempat pelancongan yang jauh nun di atas bukit untuk menikmati suhu lebih sejuk serta pemandangan indah serta berbeza. Namun rancangan sepasang pengantin baru ini bagaimanapun bertukar tragedi hitam.
Sempat minta extra masa sebelum check out tengah hari…Tapi staff contact tak dapat
Menerusi portal Tribunnews, pasangan pengantin yang masing-masing berusia 30 dan 27 tahun itu telah pun datang ke sebuah hotel untuk berbulan madu di lereng Gunung Lawu di Karangpadan. Setelah check in untuk satu malam, si lelaki sempat menghubungi receptionist untuk beri masa sehingga tengah hari sebelum keluar. Namun sehingga petang, mereka berdua tidak beri sebarang respon melalui chat lalu staf menyangka bilik itu ingin disambung lagi keesokan harinya.
Pergi check pintu tak boleh buka…Melalui tingkap toilet nampak dua bujur tubuh kaku tanpa baju
Masuk hari Isnin, pasangan tersebut masih lagi belum respon lalu pihak hotel yang curiga terus datang ke bilik untuk lakukan pemeriksaan. Namun, pintu bilik customer tersebut tidak dapat dibuka sebelum salah seorang staf menghendap melalui tingkap kecil di tandas dan akhirnya terlihat dua bujur tubuh terbaring kaku tanpa berbaju serta berbau.
Bukan kejadian jenayah, pemeriksaan doktor dapati overdose ubat kuat
Setelah diperiksa, pihak polis mendapati tiada unsur jenayah dan rupa-rupanya pemergian pasangan berkenaan adalah disebabkan pengambilan ubat kuat yang berlebihan atau ‘overdose‘. Hasil lanjut daripada doktor pula mengesahkan effect suplement tersebut sehingga menyebabkan denyut jantung bertedak dengan lebih kencang sebelum akhirnya bleeding.
Kredit: Portal Tribunnews