Pas taknak mengaku mereka derhaka Sultan Perak

Setiausaha politik kepada pesuruhjaya PAS Perak menafikan dakwaan bahawa parti itu derhaka kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, selepas membatalkan rancangan mengadap baginda di Istana Kinta, Ipoh hari ini.

Fairuz Hafiizh Othman, berkata, PAS mengambil keputusan untuk tidak menghadap sultan kerana masih belum membuat keputusan berhubung isu jawatan menteri besar di negeri itu.

“Dah tersebar kononnya PAS derhaka Sultan. Sultan rilek je tak sebut apa pun.

“(Ahli Dewan Negara Perak) Annuar Zaini yang mewakili istana dikhabarkan memanggil pimpinan PAS melalui satu panggilan segera hari ini.

“PAS Perak belum bersedia dengan keputusan. Maka PAS Perak memaklumkan ketidaksediaan tersebut,” katanya dalam hantaran Facebook, sebentar tadi.

Dia berkata demikian mengulas tindakan Adun PAS Perak membatalkan rancangan menghadap Sultan Nazrin hari ini.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya tidak akan menghadap sultan pada waktu yang ditetapkan.

Menurut Adun Gunung Semanggol itu, langkah itu diambil kerana mereka belum ada sebarang keputusan untuk dipersembahkan kepada baginda.

“Nanti macam kita jumpa tuanku main-main pula (kalau tidak ada keputusan),” katanya.

Bagaimanapun Razman berkata PAS akan menghadap Sultan Nazrin kemudian namun belum ada tarikh ditetapkan.

Sumber: https://perakinsights.com/2020/12/08/tidak-menghadap-sultan-perak-pas-kata-tak-derhaka/