Pas kecam MP Bintulu biadap dan melampau

“DG hari-hari hanya buat berita sahaja, kenapa tak turun padang melawat setiap hospital? DG takut mati kah?” kata Tiong King Sing, Ahli Parimen (MP) Bintulu.

Kenyataan ini biadab dan melampau terhadap sosok yang bermati-matian berjuang di barisan hadapan!

Pertama, Ketua Pengarah Kesihatan (DG) Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bukan ahli politik. Tidak ada keperluan untuk beliau tunjuk dan mencari publisiti. Skop dan fokus beliau adalah lebih penting dan lebih besar iaitu mengatur dan melaksanakan perancangan dalam menurunkan graf jangkitan pandemik ini.

Kedua, semua rakyat tahu yang DG Noor Hisham adalah orang yang terawal turun padang sejak hari yang pertama kita dilanda wabak ini. Adakah MP Bintulu tidak mempunyai hati dan akal budi untuk menilai jasa dan pengorbanan yang telah beliau lakukan?

Ketiga, saya gesa agar MP Bintulu tarik balik kenyataan ini! Bukan sahaja ia mencemar dewan mulia Parlimen malah mengguris hati seluruh barisan hadapan dan setiap rakyat Malaysia.

Seharusnya kita sebagai pemimpin, mengutamakan kesejahteraan rakyat seterusnya bergabung tenaga bersama kerajaan menghapuskan COVID-19 bukan memanipulasikan rakyat di dewan yang mulia.

IR TS HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber: Harakah Daily