‘Parody’ gadis berbaju bunga persis Aina Abdul cuit hati netizen
Walaupun baru beberapa hari melabuhkan tirai, penangan Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke-36 dilihat masih berterusan memberikan impak yang positif kepada peminat tanah air. Rata-rata masyarakat masih tidak dapat melupakan ‘detik-detik indah’ yang berlaku pada malam tersebut.
Cause I can’t get enough…Aina tak puas nak lagi please
Namun, apa yang paling menarik perhatian adalah penampilan daripada penyanyi meningkat naik, Aina Abdul yang tampil berbeza dengan mengenakan pakaian unik seakan-akan menyerupai ‘pokok bunga’ dan trofi Grammy. Walaupun pernah tampil berbeza sebelum ini, namun penampilannya kali ini memang luar dari jangkaan ramai.
Okaylah ni versi yang dah hafal lirik…nak tengok ke versi haru biru
Bagaimanapun, perkara tersebut masih segar dalam ingatan netizen sehingga ada seorang gadis yang tampil melakukan video parody mengenai pakaian berkenaan di aplikasi TikTok. Wanita yang dikenali sebagai Shazashiffa sempat ‘mendandankan’ sejambak bunga pada tudung dipakai berserta beberapa dahan menghiasi pakaiannya. Lebih mencuit hati, wanita itu kelihatan bersungguh-sungguh miming lagu ‘Nafas Cinta’ dengan penuh yakin sehingga mewujudkan ‘imej’ Aina Abdul pada dirinya.
@shazashifaa17 Okaylah ni versi yang dah hafal lirik 🤪 nak tengok ke versi haru biru? #NafasCinta #AJL36 #AinaAbdul
Pengantin kahwin tema alam rimba sesuai dah nih
Hasil daripada video yang tular itu, netizen juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan komen serta turut terhibur dengan telatah wanita tersebut. Rata-rata daripada mereka bersetuju bahawa wanita itu berjaya meniru perwatakan Aina Abdul dengan berjaya tanpa ada kurangnya.