Para senior kongsi tip untuk pelajar-pelajar SPM, “Jangan ambik engineering…”

Para senior kongsi tip untuk pelajar-pelajar SPM, “Jangan ambik engineering…”

Seperti yang diketahui umum, baru-baru ini pelajar-pelajar SPM sesi 2020 telah menerima keputusan peperiksaan mereka dan ramai yang berkongsikan keputusan masing-masing di media sosial.

Seorang pelajar ini contohnya berjaya mendapatkan A+ untuk subjek Tasawwur Islam kerana minatnya dalam rancangan-rancangan Islamik yang ditayangkan di televisyen, membuat ramai kagum dengannya.

Pelajar yang tidak bernasib baik mendapatkan keputusan cemerlang juga sedar mereka tidak harus berputus asa kerana perjalanan mereka masih jauh.

“ada yg gagal sekarang but berjaya later…”

“Elon Musk tak duduk SPM pun…”

Di samping itu juga ramai ‘senior’ yang tampil untuk berkongsikan kata-kata semangat dan tip untuk memilih kursus apabila melanjutkan pelajaran ke universiti.

Ada yang memujuk pelajar SPM untuk tidak memilih sesetengah universiti seperti UiTM Shah Alam kerana kesukaran untuk mendapat tempat letak kereta dan bas selalu penuh. Ramai juga yang mengingatkan adik-adik junior mereka untuk memilih kursus yang mereka minat dan tidak hanya mengikut kawan.

Selain itu ramai juga yang mencadangkan agar pelajar SPM tidak mengambil kursus kejuruteraan kerana terlalu banyak persaingan dalam industri dengan tawaran gaji yang rendah.

“Ingat adik2, jangan ambik engineering…”

“Engineer irl makan megi je hari2…”

“best tapi…”

“nanti kerja gaji B40…”

“ada banyak sebab…”