‘Papa ga kesian sama dde?’ Luahan isteri Kru Kapal Nanggala 402 undang sebak

‘Papa ga kesian sama dde?’ Luahan isteri Kru Kapal Nanggala 402 undang sebak

Seramai 53 kru kapal selam KRI Nanggala 402 disahkan meninggal dunia selepas visual dari “Remotely Operated Underwater Vehicle” yang digunakan dalam pencarian kapal itu merakam keadaan kapal yang terbelah kepada tiga bahagian.

Pihak berkuasa Indonesia dalam sidang media berkata, berdasarkan bukti-bukti ‘authentic’ yang ada, dapat dinyatakan bahawa KRI Nanggala 402 telah tenggelam.

Di Tiktok, perkongsian seorang wanita dipercayai isteri salah seorang kru kapal selam telah mengundang perhatian netizen. Mendapat lebih 17 juta tontonan, netizen mendoakan semoga isteri allahyarham tabah menghadapi ujian Allah SWT.

Dimuat naik tiga hari lalu, isteri turut menyertakan screenshot Whatsapp yang dihantar kepada suami berharap suami selamat. Namun tiada respon balas yang diterima.

Tambah menyedihkan apabila mendapat tahu wanita ini sedang hamil anak pertama mereka.

@mitasofia_k

warga tiktok minta bantuan doa buat suami dan seluruh crew kapal selam nanggala-402😢🙏 #prayfornanggala402

♬ Doa Untuk Kamu – Aviwkila