“Pandai cari tempat dating eh” tapi malangnya cinta mereka terhalang

“Pandai cari tempat dating eh” tapi malangnya cinta mereka terhalang

Sememangnya cerita sahaja tentang kucing, pasti pemilik atau yang memelihara haiwan comel itu dapat berkongsikan bermacam-macam telatah lucu kepada orang ramai.

Seperti mana yang dapat dilihat diruangan media sosial dan antara yang popular juga di ruangan aplikasi TikTok masing-masing dimana pengguna dapat berkongsikan telatah kucing mereka yang berjaya dirakam. Ada yang pelik, pandai merajuk dan sebagainya sehingga mencuit hati wargamaya yang menontonnya.

Melalui satu perkongsian atas nama Izzatinad ini beberapa hari lalu kepada umum pula, video yang dimuat naik menarik perhatian pengguna TikTok dengan menerima ribuan tanda suka.

Kucing

Kelihatannya gelagat dua ekor kucing sempoi mencuit hati wargamaya dengan telatah seakan sedang dating diruangan yang memang membuatkan wargamaya terkedu melihat kedua-dua si comel itu.

Sehingga dianggap seperti percintaan Romeo dan Juliet apabila rakaman menunjukkan pintu yang tertutup di ruangan tinggi rumahnya itu menghalang untuk mereka berjumpa.

@izzatinad

why is she sitting like that😭

♬ original sound – Kiki and Kilo

Lalu situasi itu menyebabkan ia mengundang bermacam-macam seloroh orang ramai terhadap kedua-dua kucing sempoi tersebut yang boleh tahan selamba dengan perangai mereka.

Apatah lagi salah seekor dari kucing tersebut yang duduk diluar tingkap yang rasanya tempat itu boleh tahan tinggi