Panas! Wanita fitnah PU Rizz tampil mohon maaf

Individu yang didakwa menyebarkan fitnah mengenai hubungan pendakwah bebas, PU Riz dan pengacara, Neelofa pada 26 Disember lalu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Wanita yang dikenali sebagai, Syamira Safiya menerusi rakaman video yang diterima Harian Metro berkata, segala yang disebarkan di laman Twitter adalah fitnah.

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Encik Haris atau PU Riz dan keluarga di atas segala tuduhan yang dilakukan. Saya sedar bahawa segala tuduhan ini banyak bertentangan dengan apa yang Islam ajarkan.

“Saya sangat menyesal dengan fitnah yang saya mulakan di media sosial. Saya sangat berharap agar Encik Haris dan sekeluarga dapat memaafkan saya seikhlasnya,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, segala tuduhan itu dijawab dan dinafikan Neelofa menerusi hantaran video di Instagram dan kenyataan rasmi yang diedarkan kepada pihak media minggu lalu.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/rap/2021/01/659782/saya-fitnah-pu-riz-metrotv