Panas!! Pembangkang tak puas hati, “berambus” keluar dewan

Sidang Parlimen kecoh selepas sejumlah ahli parlimen pembangkang keluar dewan sebelum undi belah bahagi dibuat bagi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa peruntukan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Pihak pembangkang mula keluar selepas tidak berpuas hati dengan penjelasan Speaker Azhar Azizan Harun mengenai kehadiran  tiga ahli parlimen memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

Ketiga-tiga ahli parlimen itu sedang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) namun dibenarkan hadir ke persidangan Dewan Rakyat untuk mengundi syarat dengan syarat pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk memakai PPE.

Tiga wakil rakyat itu adalah Ahli Parlimen Tapah, M Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia; Ahli Parlimen Tenggara, Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan) dan Ahli Parlimen Batu, P Parabakaran.

Terdahulu, Ketua Whip PKR Johari Abdul (PH- Sungai Petani) mencadangkan undi belah bahagi, selepas tamatnya perbahasan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa buat Kementerian Wilayah Persekutuan yang berjumlah RM956.7 juta.

Dr Xavier Jeyakumar (PH- Kuala Langat) dan Ketua Pembangkang PKR Anwar Ibrahim (PH- Port Dickson) kemudian meminta penjelasan dari Azhar kerana membenarkan ketiga-tiga wakil rakyat itu berada dalam dewan untuk mengundi.

 

Azhar kembali mengulangi penjelasannya bahawa dia hanya mengikuti SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) namun pihak pembangkang tidak berpuas hati dan kemudian bertindak keluar dari dewan tersebut.

Meskipun Azhar mengumumkan bahawa undian belah bahagi tetap dijalankan, beberapa ahli pembangkang itu tetap tegas untuk keluar dari sidang dewan.

“Tak perlu undi, tak perlu undi. Parlimen tak ikut undang-undang.

“Semua pihak kita boleh keluar, tak perlu undi,” kata Mohamad Sabu (PH-Kota Raja).

Di sebelah pihak kerajaan pula, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dilihat menyindir ahli parlimen yang keluar sebagai pengecut.

“Kamu yang minta (undian belah bahagi) tetapi lari,” kata anggota parlimen lain.

Sementara itu, Dr Dzukefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) yang memilih untuk berada dalam Dewan Rakyat bangun untuk memberikan respons.

“Ketua pembangkang cuma minta penjelasan Speaker secara rasional. Itu sahaja, apa yang susah,” katanya lagi.

Undian belah bahagi itu diteruskan dan peruntukan Belanjawan 2021 bagi kementerian tersebut diluluskan dengan 110 undi, 7 (tidak setuju), 31 (tidak undi) dan 72 tidak hadir.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/555138