Panas! Netizen kecam ibu Neelofa gara-gara cuba cap dagang nama ‘harimau menangis’
Sudah pasti, daging ‘Harimau Menangis’ cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia terutama sekali mereka yang sering berkunjung ke Thailand. Akan tetapi, Instastory yang dimuatnaik oleh Noor Kartini mendapat perhatian netizen apabila dirinya memberitahu selepas ini tiada peniaga kecil dapat menggunakan nama ‘Harimau Menangis’ itu.
Video tersebut mengundang kemarahan netizen dan rata-rata netizen mula mahu membuat bantahan dengan email kepada MyIPO. Bahkan, ada juga yang mengatakan bahawa kemungkinan permohonan tersebut akan ditolak kerana nama Harimau Menangis itu sudah digunapakai sejak dahulu kala.
Bukan itu sahaja, ada juga yang berpendapat tindakan beliau akan membunuh peniaga-peniaga kecil yang menjual produk sama. Malah, para netizen turut tidak berpuas hati dengan tindakan ibu Neelofa itu.
Apakah pula pendapat anda mengenai perkara ini? Adakah anda bersetuju jika nama Harimau Menangis ini dipatenkan?