Panas! Cap dagang ‘harimau menangis’ belum diluluskan MyIPO seperti didakwa
Justeru, beliau berkata, jenama yang dimohon pemilik syarikat itu, Noor Kartini Noor Mohamed belum diluluskan MyIPO dan belum menjadi hak eksklusif beliau.
Mohd Roslan memaklumkan permohonan Noor Kartini bagi mendaftarkan jenama itu diterima MyIPO pada November tahun lalu dan kelulusannya bergantung kepada hasil pemeriksaan serta pertimbangan agensi itu.
“Sehubungan itu, Noor Kartini diminta untuk tidak mendahului keputusan MyIPO dengan mendakwa bahawa jenama ‘Harimau Menangis’ telah didaftarkan sebagai cap dagangan dan menjadi hak eksklusif beliau.
“MyIPO akan memproses permohonan beliau seperti biasa iaitu sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada,” menurutnya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Sejak semalam, tular di media sosial usahawan itu mendakwa jenama ‘Harimau Menangis’ bagi produk keluarannya didaftarkan dan beliau mempunyai hak eksklusif ke atas cap dagangan nama berkenaan.
Dakwaan usahawan itu yang juga ibu selebriti Neelofa, mendapat perhatian warganet yang rata-rata menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan memandangkan sudah ramai menggunakan nama resepi masakan berasaskan daging ‘Harimau Menangis’ dalam produk mereka.
Berita penuh: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/663813/cap-dagang-harimau-menangis-belum-lulus-jangan-dahului-myipo-kp