Panas!! Ahli parlimen Bintulu degil enggan tarik balik komen jelik terhadap KP Kesihatan

AHLI Parlimen Bintulu Tiong King Sing enggan menarik semula kenyataannya selepas menyindir Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah sebagai “takut mati” kerana tidak pergi ke Sabah untuk menilai keadaan Covid-19 di negeri berkenaan.

“Saya tidak mahu tarik balik. Ini suara petugas barisan hadapan,” kata Tiong kepada Timbalan Speaker Azalina Othman Said yang bertanya adakah beliau ingin meminta maaf, menarik semula atau menjelaskan kenyataannya mengenai Dr Noor Hisham di Dewan Rakyat hari ini.

Sumber: The Malaysian Insight