Ramai tak tahu rupanya panadol soluble boleh hilangkan kesan hangus pada seterika, mudah saja

Ramai tak tahu rupanya panadol soluble boleh hilangkan kesan hangus pada seterika, mudah saja

 

Bagi yang sering seterika baju mesti ada perasan ada kesan hangus di seterika dan kadang-kadang ia melekat pada pakaian.

Kalau setakat melekat tidak apa, ini ada sampai berlubang baju disebabkan seterika yang hangus itu.

Rupanya ada cara nak pastikan ia bersih semula, dan hanya perlukan satu bahan sahaja untuk ia nampak seperti baru.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Achai Wong yang menggunakan Panadol Soluble untuk menghilangkan kesan hangus di seterika baju.

Tip hilangkan kesan hangus di seterika

Pastikan seterika baju dalam suhu panas dan panadol dibasahkan terlebih dahulu sebelum digosok pada permukaan seterika.

Bahan-bahan:

  • Seterika
  • Panadol Soluble
  • Gunting
  • Kain

Cara-cara:

1. Hidupkan suis seterika dan pastikan ia panas sebelum basahkan Panadol Soluble sedikit.

2. Kemudian gosok Panadol tadi pada permukaan seterika yang ada kesan hitam.

3. Gunakan alat yang sesuai supaya tidak terkena seterika panas.

4. Selepas selesai, lap permukaan seterika dan hasilnya kesan hitam dah hilang.

Selamat mencuba!