Pakcik berkopiah terkaku bila terserempak polis trafik

Pengalaman terserempak dengan anggota polis di jalan raya boleh jadi memori yang mendebarkan untuk sesetengah orang. Lagi-lagi mereka yang tidak mematuhi peraturan jalan raya seperti memakai topi keledar seperti penunggang motorsikal ini. Tetapi yang menarik perhatian ramai ialah reaksi penunggang motorsikal ini yang kelihatan tenang walaupun anggota polis trafik ada di sebelahnya.

Kejadian melucukan itu berjaya dirakamkan di dalam video ini di mana seorang pak cik yang memakai kopiah didapati tidak memakai topi keledar. Namun malangnya, dia terserempak dengan polis trafik semasa sedang menunggu di lampu isyarat. Reaksi lucu pak cik ini dikongsikan di Tik Tok dan menerima lebih satu juta tontonan dalam masa sehari dikongsikan.

@zahar_0808

nasib baik pakcik pakai mask😅#fypシ

♬ Ратата – Konfuz

Di dalam video yang dikongsikan ini, dapat dilihat pak cik tersebut menunggang motorsikal tanpa memakai topi keledar. Walaupun begitu, dia masih lagi mematuhi SOP dengan memakai topeng muka semasa keluar rumah. Semasa berhenti di lampu isyarat, seorang anggota polis trafik berhenti di sebelahnya dan bersama-sama menunggu lampu isyarat bertukar kepada hijau.

Namun pak cik tersebut kekal tercegat dan hanya memandang ke hadapan serta langsung tidak memandang ke arah polis trafik itu. Seolah-olah dia langsung tidak nampak polis trafik itu berada di sebelahnya. Di ruangan komen, reaksi pak cik ini menghiburkan rata-rata netizen yang menonton. Ada juga yang berseloroh mungkin pak cik itu berdoa supaya dirinya tidak disaman.