Pakar saham bawa isteri ‘honeymoon’ atas kapal, ramai puji sweet sangat

Pakar saham bawa isteri ‘honeymoon’ atas kapal, ramai puji sweet sangat

 

Selepas hampir dua minggu pakar saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan mendirikan rumah tangga bersama wanita yang dicintai, Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, nampaknya kini pasangan merpati dua sejoli itu sedang berbulan madu.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Nazri di laman TikToknya, kelihatan dia bersama isteri sedang bahagia menghabiskan masa mereka berbulan madu di sebuah kapal layar.

 

@datodrnazrikhan

Kita adalah kapal yang berlayar di lautan luas yang telah banyak kapal karam di dalamnya , mohon doa semoga kita tidak tersesat di dalam lautan ini #ddnk

♬ Penghujung Cinta – Pasha

Dalam video itu juga, terdapat sebuah kek yang dicoret ‘happy honeymoon’ dan sejambak bunga ros diberikan oleh pakar saham yang berusia 47 tahun itu kepada isterinya.

“Kita adalah kapal yang berlayar di lautan luas yang telah banyak kapal karam di dalamnya, mohon doa semoga kita tidak tersesat di dalam lautan ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Amboi, manjanya isteri DDNK!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkesima dengan sifat manja yang dimiliki Ernie selepas membina mahligai bersama lelaki yang dicintainya itu.

Semoga berbahagia!

Malah, ada juga netizen yang mendoakan agar mereka berdua selalu bahagia bersama dan hubungan yang terjalin itu kekal selama-lamanya.

Terdahulu, kisah percintaan antara pakar saham bersama isterinya yang berusia 25 tahun itu menjadi bualan netizen apabila Ernie dikatakan perempuan perampas yang telah menghancurkan rumah tangga Nazri bersama dengan isterinya sebelum ini.

Sumber: TikTok @datodrnazrikhan