Pakar bedah temui 27 kanta lekap di belakang mata wanita ini

Pakar bedah temui 27 kanta lekap di belakang mata wanita ini

Pada zaman ini, kanta lekap telah menjadi satu keperluan biasa dan ia mudah untuk didapatkan secara online.

Tetapi hakikatnya ramai yang tidak memantau pemakaian kanta lekap mereka dengan tepat sehingga mereka mendapat jangkitan mata malah ada yang kehilangan penglihatan.

Seorang pakar bedah dari UK ini contohnya terpaksa mengeluarkan 27 kanta lekap dari mata seorang wanita setelah alat penglihatan tersebut kerap hilang dari mata pesakitnya itu.

Screenshot 2021-07-08 052750

Pesakit berusia 67 tahun berkenaan dilaporkan tidak sedar bahawa kanta lekap yang dipakainya hilang menyebabkan matanya sering rasa tidak selesa dan kering, namun dia menyangka masalah itu adalah berkaitan dengan usianya yang telah tua.

Namun apabila ahli pakar bedah Rupal Morjaria meninjau operasi pembedahan katarak wanita itu, dia menemui ‘jisim kebiruan’ dari 17 kanta lekap. Setelah diperiksa dengan lebih dekat, dia kemudian menemui 10 lensa lagi semasa pemeriksaan.

Screenshot 2021-07-08 052740

Wanita itu dilaporkan telah memakai kanta lekap pakai buang yang perlu ditukar setiap bulan sejak 35 tahun yang lalu tetapi tidak memeriksa matanya dengan kerap.

Menurut Morjaria dia tidak pernah melihat kes seperti itu sebelum ini kerana jumlah kanta lekap yang terlalu banyak di mana semua 17 kanta lekap tersekat bersama.

Malah apa yang lebih mengejutkan baginya adalah pesakit wanita itu tidak menyedari perkara itu kerana kanta lekap yang tersekat di belakang mata akan menyebabkan banyak kerengsaan.