Pakaian dikatakan seksi, Syafinas beri respon – “kalau tak suka, just swipe”

Pakaian dikatakan seksi, Syafinas beri respon – “kalau tak suka, just swipe”

Juri tetap program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Syafinaz Selamat tampil memberi respon berhubung penampilannya yang dikatakan seksi dan kurang sesuai untuk ditonton secara umum.

Menurut laporan Kosmo! Online, Syafinaz menjelaskan, itu adalah imejnya sejak dahulu lagi dan meminta orang ramai mengabaikan saja sekiranya tidak gemar dengan penampilan tersebut.

 

“Dari dahulu sampai sekarang, inilah saya. Usia saya bakal mencecah 50 tahun pada tahun hadapan. Saya tidak mahu hidup saya dikongkong oleh orang lain.
“Jadi kalau anda suka dan gembira dengan saya, ikutlah. Tapi kalau anda tidak gembira (dengan penampilannya), abaikan.
“Semuanya pilihan kita sendiri. Nak komen pun jika perlu sahaja. Kalau rasa tak nak komen, jangan komen apa-apa,” katanya yang juga guru vokal.

Malah, dia juga menasihatkan orang ramai agar jangan memeningkan kepala sendiri dengan memberi komen terhadap individu lain.

 

 

“Kenapa awak perlu susahkan hati dan minta? Saya tidak rasa Tuhan kata awak perlu komen semua orang dalam dunia ini.
“Jalani kehidupan anda sendiri. Saya tidak kacau awak, awak jangan kacau saya,” ujarnya.

Tambah Syafinaz, dia mempunyai pasukan tatarias yang sangat dipercayai bagi menjaga fesyen dan penampilan digayakan sepanjang konsert mingguan GV9.

 

 

“Mereka tahu dan lebih teruja berbanding saya setiap minggu. Saya hanya akan luluskan apa yang saya mahu.
“Pada saya, kita perlu berfesyen tapi jangan jadi hamba fesyen. Jangan buat benda yang menyebabkan kita nampak buruk,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Syafinaz mengenakan busana dihasilkan daripada kain seperti ‘lace’ atau ‘net’ dipercayai sehingga menampakkan kulitnya pada bahagian dada serta lengan.

Sumber: Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi) , Twitter @majalahremajaMY , Instagram ValShuQ iZzadi Artistry & Ashley Wong