Pakai tudung gaya lilit leher, netizen tegur isteri Da’i Syed

Pakai tudung gaya lilit leher, netizen tegur isteri Da’i Syed

Pengacara Hana Ismail mula menjadi sebutan selepas sah bergelar isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed. Boleh dikatakan pasangan ini bercinta selepas nikah kerana berumahtangga hanya selepas sebulan kenal.

Sebelum ini, netizen ada meluahkan rasa kurang senang kerana pasangan ini selalu sangat tunjuk kemesraan di media sosial.

@nxxrxxl_syuu99

Dulu ramai yang kecam dai syed,sekarang Alhamdulillah Allah bagi die seribu kebahagiaan bersama isteri die,walaupun die kenal x lama dengan isteri die🥰🥰semoga bahgia hingga ke jannah,Aamiin#fypシ #fypシ゚viral #daisyed #hanaalmauzah #istikharahku

♬ bunyi asal – Syuhadahaurashop – Syuhadahaurashop

Kali ini netizen menegur pula isteri Dai Syed yang dikatakan memakai tudung dengan gaya lilit di bahagian leher. Iyalah, kalau dah lilit mestilah tudung tu tak tutup bahagian dada sepenuhnya kan?

Netizen tegur tudung makin singkat

 

Perkara tersebut telah menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen memandangkan status suaminya sebagai seorang pendakwah bebas yang pernah menyertai rancangan dakwah.

Dalam pada itu, netizen meluahkan rasa kecewa melihat imej tudung Hana yang dikatakan semakin singkat selepas berkahwin. Betul ke?

Kredit: Instagram Hana Ismail