Pakai baju ketat ketika suntik vaksin, Aisar Khaled dikecam lagi

Pakai baju ketat ketika suntik vaksin, Aisar Khaled dikecam lagi

Personaliti media sosial, Aisar Khaled sekali lagi mencuri perhatian warga maya apabila dia dilihat memakai pakaian yang agak ketat ketika proses suntikan vaksin dipercayai dilakukan pada hujung minggu yang lalu.

Aisar juga difahamkan telah ditegur petugas di pusat vaksinasi tersebut mengenai pemakaiannya.

Perkara tersebut turut dikongsikan Aisar menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

“Boleh pulak pakai baju ketat nak cucuk vaksin, badan dah besar. Lepasni dah boleh kot shopping baju XXXXL senang sikit nak cucuk..” tulis Aisar di bahagian kapsyen hantaran video tersebut.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil meluahkan rasa tidak puas hati dan geram serta mengecam tindakannya yang tidak cakna tentang tatacara berpakaian yang disarankan kerajaan.

“Orang dah cakap awal-awal suruh pakai pakaian yang senang untuk orang cucuk vaksin. Ignorance je lebih. Takkan tak alert kot. Kata social media influencer, apa lah..” tulis seorang pengguna media sosial.

Selain isu pakai baju ketat, netizen juga turut mempersoalkan petugas kesihatan yang memberi suntikan tidak memakai sarung tangan ketika proses berlangsung.

Terdahulu, Aisar pernah dikecam kerana tindakannya membeli pelekat dahi secara banyak dan menggelarnya sebagai ‘babi air’.