PA Ebit Lew jawab tuduhan-tuduhan Caprice, nafi ustaz melutut depan menteri G4z4

PA Ebit Lew jawab tuduhan-tuduhan Caprice, nafi ustaz melutut depan menteri G4z4

Isu Caprice di sekat di laman sosial Ebit Lew nampaknya menjadi punca kepada viralnya kontroversi berkenaan misi kemanusiaan yang berlaku di Gaza baru-baru ini.

Caprice kena block di IG

Live IG yang berlangsung semalam antara Caprice dan beberapa individu membuatkan rakyat Malaysia mulai pening dengan konflik yang tercetus sejak kebelakangan ini.

Mula perli2 di sosial media

Menjawab segala tohmahan yang dilakukan oleh infleuncer tersebut, personal assistant (PA) kepada Ustaz Ebit Lew telah tampil di laman Instagramnya menggunakan nama akaun Arieffarhanz telah menjawab segala tuduhan tersebut.

 

Tak tahu dia perli ustaz, sebab jumpa haritu okay saja

 

 

Menteri Luar Palestin beri anugerah ke ustaz

 

Keliru dia bengang dengan PA atau dengan ustaz?

 

Nafi melutut & cium kaki Menteri Gaza

PA Ebit Lew itu juga menafikan yang ustaz melutut dan mencium kaki Menteri Gaza seperti mesej yang di tulis Caprice kepada Datuk Seri Hishammuddin.

Mengaku sindir2 ustaz

Terangkan apa yang berlaku

Selain itu, Arieffarhanz juga turut menjawab segala tuduhan Caprice di IG live bersama salah seorang pelajar Malaysia di Mesir dengan menceritakan hal sebenar di Gaza dan apa yang membuatkan infleuencer itu berasa begitu tidak berpuas hati.

“Semua orang tahu susah nak masuk ke Gaza. Hari pertama kami sampai di Mesir, kami terus pergi ke kedutaan Malaysia di Cairo dan orang kedutaan sendiri beritahu dia tak dapat tolong. Lepas seminggu di sana, Caprice ada mesej ustaz, dia ajak ustaz untuk joindia pergi ke Gaza. Caprice masa tu mengikuti rombongan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Kebajikan UMNO Malaysia yang selalu masuk ke Gaza. Tapi masa tu ustaz tak balas sebab kami semua tengah tension, stress hari-hari menunggu untuk masuk Gaza. Kami hari-hari tawakal buat bacaan Yasin, solat hajat, qiamulail.
“Lepas dua minggu di Mesir, kami hantar nama kepada kerajaan Mesir untuk masuk Gaza. Keputusan keluar seminggu lepas tu yang menyatakan kami lulu. Masa tu Caprice dah sampai Mesir, dia ada mesej ustaz kata nak ikut ustaz sekali. Tapi ustaz tak boleh buat apa sebab nama semua dah submit. Tapi lepas tu kita dapatkan lagi satu kelulusan iaitu daripada pihak tentera urusan menjaga keselamatan.”
“Hari ke-34, barulah dapat surat untuk masuk Gaza daripada tentera. Isu Caprice ni timbul bila ustaz dah balik dari Gaza. Sampai Mesir, Caprice ajak jumpa. Dia datang berborak dengan ustaz, ustazkongsi la dapat anugerah Duta Muhibah daripada kerajaan Gaza. Ustaz kongsi cara nak masuk, bagi tips dan semangat. Tapi bila ustaz ajak makan dia menolak,” jelas Arieffarhaz di IG live.

 

Dalam live IG yang tular semalam dan di muat naik semula kepada beberapa part di media sosial, PA Ebit Lew mengakui tidak faham mengapa Caprice begitu memperbesar-besarkan isu tersebut sehingga mahu membuat pendedahan pada 21 Julai ini.

Nak masuk Gaza bukan senang

Walau bagaimanapun, dia tetap menceritakan hal sebenar semasa berada di Gaza dan memasuki negara berkenaan bukanlah sesuatu yang mudah.

Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir, pasukan UEL merupakan team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk ke Gaza selepas perang baru-baru ini.

“Ada lebih 30 badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh dunia terkandas di Mesir dan perlu menunggu masa untuk dibenarkan memasuki Gaza,”  katanya.

Untuk makluman, pada 21 Julai 2021, Caprice telah memuat naik poster di Instagramnya dengan memaklumkan akan melakukan pendedahan berkaitan isu misi kemanusiaan di Gaza.

Pendedahan itu  mungkin akan mengejutkan banyak pihak dan ia melibatkan keselamatannya jika pulang ke Malaysia nanti.

Semoga hubungan baik antara mereka berjalan dengan lancar dan tiada sebarang perbalahan serius yang boleh menjejaskan nama negara.

Sumber: Instagram @Arieffarhanz, Twitter @ahzwr