“Otak kau biar berkubur..” hina murid darjah 1, cara guru ini mengajar dikecam
Dahulu dapat dilihat guru lebih mengambil pendekatan merotan ataupun mendenda murid jika melakukan kesalahan, namun guru sekarang ini mereka lebih kepada marah melalui komunikasi dan interaksi.
Namun, kaedah-kaedah yang digunakan ini bukan lah tujuan untuk menjatuhkan ‘air muka’ pelajar tapi hanya sekadar pengajaran buat mereka.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok sesi pembelajaran murid darjah satu bersama gurunya dan hal itu mendapat perhatian kerana cara yang digunakan oleh guru terbabit melampaui batasan.
@sapikhaa Patutlah selama ni anak buah i asik takut & anxious nak masuk class dia ni. Walaupun anak buah i masih dalam “Beginner” level untuk subjek yg diajar cikgu ni, i rasa tak patut dia dimalukan, ditengking, degraded di depan kawan-kawan dalam class. Dari bebel benda tak perlu lebih baik cikgu ni pergi approach pelajar, terangkan sampai dia faham. Kan guru ada belajar pelbagai cara mengajar untuk different “Competency Levels” dalam kelas yg bercampur aduk kemahirannya.. Kalau betul lemah sangat, boleh bincang dengan ibu bapa & pihak atasan untuk langkah seterusnya. I believe semua guru subjek lain kena deal dengan pelajar “Beginner” yg perlukan bimbingan lebih di kalangan pelajar “Intermediate” & “Advance”. Cuma ada setengah guru ada skills, common sense & empathy untuk mengajar dengan cara yg dilatih. Setengah lagi guru hanya mampu membebel & jadi pembuli budak darjah 1.
Difahamkan dari luahan seorang wanita yang berasa terkilan anak buahnya diperlaku seperti itu, anak buah sering berasa takut untuk masuk ke kelas guru tersebut kerana sering dimalukan dan dihina jika beri jawapan salah.
Tambahannya lagi, guru terbabit hanya tahu membebel serta mengeluh jika jawapan yang diberi oleh anak buah salah dan wanita itu merasakan banyak lagi cara lain untuk membimbing seandainya anak buah lambat memahami apa yang diajar.
Lagi mengeruhkan keadaan, guru terbabit akan menghalang ataupun menghina jika rakan sekelas ingin membantu anak buah mendapatkan jawapan.
Bagaimanapun, wanita itu faham guru terbabit mahu anak buahnya belajar sendiri, namun baginya mungkin guru itu boleh fikir cara yang lebih efektif daripada menghina murid darjah satu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di.