‘Orang yang curang akan selalu curang’ – Zizi Kirana tuju ‘Tweet’ dekat siapa?

‘Orang yang curang akan selalu curang’ – Zizi Kirana tuju ‘Tweet’ dekat siapa?

Penyanyi Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah @Zizie Mad Tahil menjadi bualan hangat netizen apabila dia secara tiba-tiba memuat naik sebuah ciapan di Twitter yang mengundang persoalan serta tanda tanya.

Menerusi ciapan tersebut, Zizi menganggap wanita sering menggunakan perasaan dan disebabkan itulah, ‘mood’ tidak menentu tetapi, lelaki pula banyak menggunakan akal ‘panjang’ mereka untuk melakukan perbohongan.

Bukan itu sahaja, menerusi hantaran yang berbeza pula, penyanyi yang berusia 37 tahun itu menegaskan penipu akan sentiasa menipu dan disebabkan perkara tersebut akan membuatkan golongan tersebut sering tertanya-tanya mengapa hidup mereka menjadi teruk.

Terdahulu, tular khabar angin yang mengatakan Zizi cemburu apabila didakwa sering dilihat menemani suaminya, Yusuf Bahrin sewaktu bekerja.

Namun begitu, Zizi menepis spekulasi tersebut dengan memaklumkan dia hanya sekali sekala menemui suaminya di lokasi penggambaran terutama apabila mempunyai waktu terluang.

Sebelum ini, aktres Intan Najuwa memilih untuk lebih berhati-hati apabila bergandingan dengan suami Zizi Kirana iaitu Yusuf Bahrin yang menjaga batas dalam lakonan bagi mengelakkan sebarang kontroversi tidak diigini berlaku.

Sekadar info, Zizi telah mendirikan rumah tangga bersama Yusuf  Bahrin pada 19 September tahun lalu selepas sebulan mengikat tali pertunangan.

Sumber: Twitter @EKZiziKirana