Orang ramai kongsi kisah tragedi tikus belanda masing-masing

Orang ramai kongsi kisah tragedi tikus belanda masing-masing

Boleh dikatakan semua orang pernah mempunyai pengalaman membela hamster sebagai haiwan peliharaan pertama. Ini kerana tikus belanda adalah sangat comel dan murah yang mana seekor dijual dalam lingkungan RM5 sahaja.

Oleh kerana saiznya yang kecil juga ramai yang menyangka haiwan itu senang untuk dijaga.

Hakikatnya jarang yang berjaya membela hamster sehingga bertahun-tahun bukan sahaja kerana jangka hayat semula jadi haiwan itu yang hanya mencecah 2-3 tahun, tetapi juga kerana haiwan itu terlalu lemah.

Jadi tidak hairanlah semua bekas pemilik hamster mempunyai pelbagai kisah tragedi tentang hamster mereka, seperti yang dikongsikan dalam sebuah perkongsian di TikTok ini.

@jozadak

This comment section is gold! #comments #reply #reaction #pets #comedy

♬ original sound – Jozadak

Sebuah video yang dikongsikan di TikTok bertanyakan kepada pemilik-pemilik tikus belanda bagaimana hamster mereka mati.

Komen-komen yang ditinggalkan orang ramai membuat ramai geleng kepala kerana tenyata haiwan itu boleh mati atas apa-apa sebab saja dan ada antaranya yang tidak masuk akal.

Antaranya termasuklah kerana sakit jantung selepas terdengar anjing menyalak, terdengar bunyi guruh, dan bunyi bersin.

Seorang individu berkongsikan hamsternya suka memanjat sangkar sehingga lehernya patah, sementara ada juga yang makan terlalu banyak sehingga mati ketika masih mengunyah makanan.

Pengalaman menjaga tikus belanda yang dikongsikan membuatkan ramai terhibur kerana dapat relate, walaupun ternyata pengajaran yang perlu diambil adalah hamster bukanlah haiwan yang sesuai untuk semua orang hanya kerana harganya murah.

 

“Tak hidup lama…”

 

”sampai i dah penat bela …”

COMMENTS