“Orang mcam ni elok…” netizen hentam sebab tak tahu bersyukur, ini reaksi Elyana

“Orang mcam ni elok…” netizen hentam sebab tak tahu bersyukur, ini reaksi Elyana

Selepas mengambil keputusan untuk kembali tidak bertudung, penyanyi Elyana masih berterusan menerima pelbagai reaksi netizen sama ada kecaman mahupun kata-kata positif.

Terbaru, penyanyi berusia 35 tahun itu berkongsi satu tangkap layar di laman Instagram memaparkan komen seorang individu yang menghamburkan kata-kata kesat terhadapnya.

Difahamkan, komen tersebut ditinggalkan pada sebuah posting video persembahan yang dimuat naik sendiri oleh Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal.

Menurut individu berkenaan, dia menyifatkan penyanyi lagu Kalis Rindu itu tidak bersyukur atas peluang kedua yang diberi selepas bebas daripada penyakit kanser limfoma tahap empat.

“Orang macam ni elok m*mp*s je tak tahu bersyukur Allah dah bagi sambung nyawa. Tak payah lah nak agung-agungkan dia ni,” tulis individu terbabit.

Tidak melatah terhadap komen negatif dilemparkan, Elyana tenang membalas dengan mendoakan individu tersebut agar dipanjangkan umur serta dikurniakan kesihatan yang baik.

“Semoga awak dipanjangkan umur… dijauhkan dari segala penyakit, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat,” balasnya.

Rata-rata pengikut turut tidak bersetuju dengan komen kasar itu tetapi dari sudut lain, mereka juga berharap Elyana dapat bermuhasabah diri terhadap teguran itu.

Kasar tapi boleh buat sentap

Cuba ambil yang positif

Saya doakan Elyana kembali berhijab

Sebelum ini, Elyana mengejutkan orang ramai apabila berkongsi foto ‘free hair’ di Instagram sebelum mengumumkan tidak lagi mengenakan imej berhijab.

Sumber: Instagram Elyana