Nyaris terjatuh, gara-gara pijak atap pecah ketika ralit kait rambutan atas bumbung

Nyaris terjatuh, gara-gara pijak atap pecah ketika ralit kait rambutan atas bumbung

Berada di kampung, pelbagai memori pahit dan manis yang sentiasa tersemat di dalam ingatan. Antaranya bila tiba musim buah, pasti ada di antara kita yang teruja untuk memanjat pokok dan memetik buah-buahan.

Namun, nampaknya keterujaan itu juga boleh bertukar menjadi pengalaman yang menyakitkan.

Semalam, tular satu video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki yang terjatuh dari atap semasa sedang memetik buah rambutan.

Menerusi video itu, lelaki tersebut dilihat terperosok ke bawah kerana atap tersebut pecah tetapi mujurlah tidak terjatuh hingga ke tanah. Menurut rakannya, Amir Fakhruddin, yang memuatnaik video itu, kejadian tersebut berlaku di Kg Manir, Kuala Terengganu.

@hahahahahah918

Reply to @sakakala76

♬ original sound – HAHAHAHAHA888 – HAHAHAHAHA888

“Kejadian ini berlaku kat rumah arwah nenek kawan saya, rumah tu dah takde orang duduk dah, pergi haritu nak ambil barang je,” katanya.

Lelaki itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk tetapi hanya luka sedikit di kaki dan siku.

“Cuma sedang alami trauma dengan buah rambutan”

@hahahahahah918

Reply to @hahahahahah918

♬ bunyi asal – Mohd Fisdus zaini – Mohd Fisdus zaini

Sehingga kini, video tersebut mendapat sebanyak 1.2 juta tontonan.

Sumber: hahahahahah918