Nyanyi lagu Casablanca buat Chef Faez, Nuha Bahrin dikritik gedik & over

Nyanyi lagu Casablanca buat Chef Faez, Nuha Bahrin dikritik gedik & over

 

Sebelum ini, suara penyanyi Nuha Bahrin dikatakan sumbang ketika menjayakan persembahan lagu Casablanca pada program MeleTop baru-baru ini.

Tidak berakhir di situ, Nuha atau nama lengkapnya Nuha Sakina Saiful Bahrin sekali lagi mengundang komen negatif orang ramai menerusi sebuah video tular di laman Facebook.

Video tersebut memaparkan Nuha menyanyikan lagu yang mencetuskan fenomena itu kepada seorang tukang masak makanan Arab dikenali sebagai Chef Faez.

Chef Faez mari sini…

@cheffaez

New version of Casablanca song , #cheffaez ya habibi #fyp #casablancaarabicchallenge @nuha_bahrin @naufal.azrin

♬ CASABLANCA – Nuha Bahrin & Naufal Azrin

“Wahdak entah nasibi, Chef Faez ya habibi (Kaulah satu-satunya milikku, Chef Faiz kasihku),” antara bait diungkapkan penyanyi berusia 22 tahun itu kepada tukang masak viral berkenaan.

Turut kelihatan rakan duetnya, Naufal Azrin yang membantu menyanyikan lagu gabungan bahasa Melayu dan Arab itu dengan penuh keceriaan.

Bagaimanapun, rata-rata netizen seperti kurang senang selepas menonton video itu dengan mengatakan cara penyampaian Nuha kelihatan agak ‘gedik’ sehingga menimbulkan rasa meluat.

Malah, terdapat juga segelintir individu menuduh Nuha sekadar perasan kononnya memiliki suara merdu sebaliknya ‘hauk’ semata-mata.

Kawal sikit, buat orang meluat

Alahai mengadanya!

Pakai tudung elok-elok sikit

Nyanyi ‘live’ pun kelaut

Memalukan! Badan macam kena ulat

Untuk rekod, lagu ciptaan bersama Daqmie dan Abdul Karim Al Ali itu menjadi karya Malaysia pertama mengungguli carta teratas Spotify Viral 50 Global dan Spotify Viral 50 Indonesia.

Sumber: Facebook & TikTok Chef Faez