Raih CGPA 3.96 & dapat 8A, Norman Hakim bangga pencapaian akademik Maria Danisha

Raih CGPA 3.96 & dapat 8A, Norman Hakim bangga pencapaian akademik Maria Danisha

 

Pelakon Norman Hakim bangga dengan pencapaian akademik anak perempuannya, Maria Danisha yang menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Norman di laman Instagramnya, dia telah hadir ke sekolah Maria di Abedeen Academy untuk bertemu dengan guru bagi mengambil keputusan peperiksaan puterinya itu.

“Alhamdulillah syukur nikmat pencapaian terbaik dari exam sebelum utk Baby Danisha. 8A’s dari 10 subjek dengan CGPA 3.96 berbanding 5 A’s sebelum ni. Rasa syukur, happy, sebak, bangga, terima kasih semua ada.

“Semoga Maria terus istiqomah juga dalam mengekalkan momentum dan konsistensi untuk semua subjek sampai exam akhir tahun, dan cabaran sebenar adalah untuk Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), tahun depan,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Gerak Khas The Movie ini turut menzahirkan ucapan penghargaan buat para pengajar yang banyak membantu mendidik pelajar untuk terus mendapat keputusan cemerlang dari semasa ke semasa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga dan memuji Norman serta Abby pandai memberi didikan secukupnya buat anak untuk berjaya dalam pendidikan.

Sementara itu, ramai yang mendoakan agar Maria memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diduduki pada tahun hadapan sekaligus dapat membanggakan kedua orang tuanya.

Sekadar info, Norman dan Abby mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 dan memilih jalan untuk berpisah pada tahun 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim Marissa Dania Hakim, dan Maria Danisha Hakim.

Norman kemudiannya berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza pada 2011 dan mempunyai tiga cahaya mata manakala Abby pula berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 2015.