Nora Danish terima hadiah rumah baru?

Nora Danish terima hadiah rumah baru?

BERUNTUNG jadi Nora Danish apabila dikurniakan seorang suami yang pemurah dan romantik. Khabarnya Nora berpindah ke rumah baharu yang dihadiahkan oleh suaminya, Nedim Nazri Aziz bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Nora berkongsi rasa syukur dan gembira apabila dapat merayakan ulang tahun kelima perkahwinannya dengan Nedim.

“Alhamdulillah, syukur ya Allah. Selamat ulang tahun kelima. Insya-Allah. Semoga kita terus bahagia, sayang menyayangi dan hormat menghormati sehingga ke syurga,” tulis Nora.

Diva baru-baru ini ada hubungi Nora untuk ‘korek’ sedikit rahsia tentang rumah baharu tersebut. Tetapi pelakon drama Puteri itu enggan mendedahkan secara terperinci mengenainya. Namun apa yang pasti, kediaman baharu tersebut terletak di atas tanah (landed).

Entah berapa juta agaknya harga rumah tersebut. Apa-apa pun, Diva mahu ucapkan semoga Nora dan Nedim bahagia sehingga ke syurga!