Nombor telefon pada kad bisnes dalam Squid Game rupanya wujud, Netflix terpaksa bayar ganti rugi

Nombor telefon pada kad bisnes dalam Squid Game rupanya wujud, Netflix terpaksa bayar ganti rugi

Apabila menonton rancangan televisyen yang popular, sesetengah orang cenderung untuk menjadi terlalu fanatik. Namun kebanyakan daripada kita tidak akan begitu taksub sehingga cuba untuk menghubungi nombor yang digunakan dalam filem atau drama kerana tahu bahawa nombor yang digunakan adalah palsu dan tidak wujud.

Tetapi lain pula kisahnya bagi sebuah drama hit Netflix yang telah menjadi fenomena sejak kebelakangan ini apabila produksi drama secara tidak sengaja menggunakan nombor telefon milik individu sebenar.

Dalam episod pertama drama Korea Squid Game, seorang lelaki misteri telah memberikan kad bisnes untuk mengajak individu yang mempunyai masalah kewangan menyertai survival game untuk memenangi sejumlah besar wang.

Kerana ingin tahu jika permainan tersebut benar-benar wujud, beberapa penonton bertindak menghubungi dan menghantar mesej ke nombor yang tertera pada kad bisnes berkenaan, tanpa menyangka nombor itu memang bertuan.

screenshot-2021-09-27-at-84219-am_w17e

Pemilik nombor telefon tersebut berkata dia tidak dapat meneruskan kehidupan normalnya kerana menerima sehingga 4 ribu panggilan setiap hari, siang dan malam.

Menurutnya panggilan yang diterimanya adalah dari individu yang ingin menyertai permainan Squid Game membuat dia keliru kerana tidak familiar dengan rancangan popular itu, sehinggalah rakannya memberitahu bahawa nombornya muncul dalam drama Netflix tersebut.

Sementara itu, kru Netflix tidak dapat berbuat apa-apa kerana drama itu telah ditayangkan dan perkara itu juga tidak disengajakan. Selain membayar ganti rugi bernilai 1 juta won, kru produksi Netflix mencadangkan individu itu menukar nombor telefonnya.

Tetapi menurut pemilik nombor berkenaan, dia telah menggunakan nombor itu selama 20 tahun yang bersambung dengan perniagaannya.