Noah Salleh nafi rumah tangga dengan Mizz Nina bermasalah “semua kena tipu.. good luck”
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja vokalis band Hujan, Noh Salleh diajukan soalan dari pihak wartawan berkenaan rumah tangganya bersama selebriti, Mizz Nina yang dikatakan sedang mengalami masalah.
Hal tersebut dikongsikan Instagram Hlive yang pasti membuatkan para peminat pasangan tersebut terkejut kerana dilihat mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.
“Ini semua tipu”
Walau bagaimanapun, Noh sama sekali menafikan hal tersebut dan memaklumkan kenyataan berkenan adalah tidak benar serta mengatakan yang orang diluar sana sedang ditipu dengan berita palsu.
“Ini semua tipu!”
“Tak ada komenlah. Ini semua tipu. Itu pun Joe Shaiful (pengurus0 baru beritahu”
“Tu yang saya macam ,eh apa benda ni? Good luck. Itu fake news la,” ujarnya ringkas.
“Dah ketandusan cerita ke?”
Dalam pada itu, Noh juga seakan bertanyakan semula kepada pihak media kerana lebih memilih cerita tentang hal peribadi berbanding apa yang dikerjakannya.
“Dah ketandusan cerita ke? Orang lebih suka kisah peribadi berbanding apa yang saya kerjakan,” katanya.
Cerita tentang rasa sayang terhadap anak
Isu tersebut dibangkitkan setelah ada beberapa penulisan di ruangan forum di internet mempertanyakan mengapa dia jarang kelihatan dalam gambar percutian isterinya, Mizz Nina atau nama sebenar Shazrina binti Azman.
Dalam pada itu, Noh juga sempat bercerita tentang anak mereka yang diberi nama Musa. Menurutnya kasih sayang terhadap anak sangat berbeza. Malah sebagai seorang bapa, Noh berkata, dia hanya menyedari dan merasai perkara itu.
“Apabila ada anak, sayang itu ditahap berbeza. Saya baru sedar perkara itu.
Sekarang ini saya lebih fokus kepada kesihatan anak. Setiap dua minggu sekali akan bawa anak lakukan pemeriksaan,” katanya.
Untuk rekod, Noh Salleh dan Mizz Nina telah melangsungkan pernikahan pada 2011 dan telah mengambil seorang anak angkat bernama Musa pada awal tahun ini.
Perkongsian mereka tentang Musa sekitar Mac lalu benar-benar membuatkan para peminat gembira dan mendoakan agar keluarga kecil pasangan ini terus diberkati di dunia dan akhirat.
Sumber: Instagram officialhlive