“No wonder Datin pun cantik” rakaman ibu Maria Farida ketika muda tarik perhatian ramai

“No wonder Datin pun cantik” rakaman ibu Maria Farida ketika muda tarik perhatian ramai

 

Berusia lebih 50 tahun, aktres jelita Datin Seri Maria Farida memiliki kecantikan yang sekali pandang memang tidak puas dibuatnya. Bukan hanya miliki wajah jelita, malah bentuk badannya yang langsing juga membuatkan ramai sering memuji insan seni bernama Maria Farida ini.

Selain dari memiliki pakej sebagai anak seni yang lengkap, Maria Farida juga turut terkenal dengan bakat lakonannya. Dari usia muda Maria Farida sudah bergelar pelakon dan sehingga kini masih aktif di layar seni.

 

                                            Anak dan mak dua-dua cantik!

Bagaimanapun, baru-baru ini perkongsian yang dimuat naik menerusi akaun Instagram milik Maria Farida sendiri memaparkan satu video lama. Difahamkan wanita yang sedang menari dalam rakaman tersebut adalah ibu Maria Farida.

 

 

Jelas kelihatan paras rupanya yang sungguh jelita sama seperti anaknya, Maria Farida! Patutlah kejelitaan Maria Farida tiada tolok bandingnya. Berikut adalah perkongsian rakaman yang memaparkan ibu Maria Farida ini:

Sudah tentunya perkongsian rakaman tersebut meraih perhatian ramai. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video tersebut di ruangan komen seperti berikut:

 

“No wonder datin pun cantikk”

 

“Wow amazing..Cantiknya ur mommy. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Gittew..Hehe”

 

“Memang keturunan baka cantik”

 

“Patutlah kak Maria Farida ni cantik..Mak nye pun cantik”