“Nikmat kehidupan adalah bila kita jujur & ikhlas”, ini kisah penghijrahan Nabil Ahmad

“Nikmat kehidupan adalah bila kita jujur & ikhlas”, ini kisah penghijrahan Nabil Ahmad

Nama Nabil Ahmad bukanlah baru dalam dunia hiburan tanah air. Memiliki daya tarikannya yang tersendiri, bakat selebriti ini sesuatu yang agak luarbiasa dan dia juga memiliki bakatnya yang tersendiri. Masih mengacarakan rancangan hiburan MeleTop biarpun rakan pengacaranya, Neelofa sudah pun mengundurkan diri.

 

Namun begitu, baru-baru ini kisah penghijrahan Nabil Ahmad telah menjadi tumpuan ramai. Malah selebriti ini juga turut tampil dalam satu sesi temubual oleh RiaX bersama Neelofa. Dalam rakaman yang dimuat naik di saluran RiaX itu, kisah penghijrahan dan luahan Nabil Ahmad telah dipertontonkan.

Kedengaran Nabil Ahmad berceritakan mengenai bagaimana dia mula berhijrah dengan kisah-kisah yang cukup tak disangka.

 

 

Benarlah yang dikatakan hidayah Allah itu tanpa diduga. Siapalah kita manusia biasa untuk menilai seseorang itu. Kalau orang itu berubah sekelip mata sahaja dan kita? Apa-apa pun perkongsian ini harapnya dapat memberikan inspirasi kepada ramai.

Rakaman kisah penghijrahan dan luahan Nabil Ahmad ini telah meraih lebih 239 ribu tontonan dan 8,900 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:

“Setiap kali Nabil cakap, mata aku bertakung. Sayu hati”

Penghijrahan Dan Luahan Nabil Ahmad 3

“Alhamdulillah sangat mengagumi dua orang ni. Penghijrahan mereka banyak benda boleh kita belajar”

Penghijrahan Dan Luahan Nabil Ahmad 2

“Nabil nampak sangat2 matang. Inilah sisi lain yang baik selain karakter lawaknya…”

Penghijrahan Dan Luahan Nabil Ahmad 1