Nikah diam-diam? Neelofa akhirnya buka mulut

Selebriti dan usahawan ternama, Neelofa menegaskan, keluarga dia dan PU Riz kini dalam proses membincangkan mengenai masa depan mereka berdua.

Menurutnya, perbincangan antara kedua-dua pihak itu adalah untuk mencari titik penyelesaian terhadap segala kekusutan yang berlaku.

“Apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya.

“Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian,” kata artis kelahiran Kelantan itu dalam kenyataan yang diedarkan sebentar tadi.

Sejak semalam, kedengaran pelbagai spekulasi mengenai hubungannya dengan PU Riz sehingga ada dakwaan yang mengatakan pertunangan mereka sudah berakhir.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/neelofa-nafi-sudah-bernikah-keluarga-bincang-soal-hubungan-dengan-pu-riz-274952?fbclid=IwAR1WZISURDZzwrIbg1cqvaz1M_aPnTovF0TCFqAvMaXGOUcvWUK-aQYDdcw