Nicky Low akhirnya serah diri, akan didakwa esok

Nicky Low akhirnya serah diri, akan didakwa esok

 

Ahli perniagaan, Nicky Liow yang menjadi buruan sejak setahun lalu menyerah diri di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini, pada jam 11 pagi, hari ini.

“Dia (Nicky) akan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam esok untuk menghadapi sebanyak 26 pertuduhan.

“Sebelum ini pada 23 Mac lalu, Mahkamah Shah Alam, mengeluarkan waran tangkap ke atas Nicky atau Liow Soon Hee, untuk menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) AMLAFTA,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Razarudin berkata, sebelum ini siasatan berhubung Seksyen 130 V hingga Seksyen 130 ZB, Kanun Keseksaan bagi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) digugurkan oleh mahkamah.

Nicky diburu selepas Polis Johor mengadakan operasi dan serbuan berasingan di Puchong, Selangor, sebelum menahan 12 individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri.

Sindiket berkenaan sebelum ini disyaki terbabit dalam pelbagai jenis kes penipuan dalam talian.