Niat kongsi gaji pertama dengan ibu, wanita nagis silap ‘trasfer’ ke akaun orang lain
Sudah berhasrat untuk menghulurkan duit perbelanjaan untuk ibu, seorang wanita terkilan apabila tersalah memindahkan wang secara ‘bank in’ kepada orang lain.
Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, Fahada Bistari meluahkan kesedihan apatah lagi duit tersebut adalah hasil yang diterima daripada gaji pertamanya.
@fahadabistari Filter ni real kan #deechoqofahada #deechoqokedah #fahadabistari #fahadatalks #deechoqoshahalam #renfahada
Bercerita lanjut, dia yang baru bekerja mengakui kesilapannya kerana tidak memeriksa nama pemilik akaun terlebih dahulu sebelum bersetuju bagi memindahkan wang berkenaan.
“Hari ni dapat gaji pertama. Tak banyak mana la kan, baru beberapa hari kerja. Pastu aku bank in la kat mak aku. Nak jadi cerita, tersalah bank in kat orang lain.
“Aku pernah tolong mak buat bayaran, mak pernah bagi nombor akaun tu. Pastu aku semangat sangat nak bank in, tak check nama pemilik,” katanya sambil menangis teresak-esak.
Selepas menghantar resit kepada ibunya, wanita dipercayai ejen hartanah itu terkejut duit miliknya telah ‘selamat’ berada dalam akaun orang lain.
“Pastu mak pun bagi la nombor telefon pemilik akaun tu. Dah hubungi dia tapi tak dapat respon.. dia cakap, kak sedekah jelah dapat pahala.
“Aku bukan tak nak sedekah, tapi gaji aku sikit je dan memang niat nak bagi mak. Walaupun sikit, tapi banyak.. sebab aku percaya kalau bagi mak, nanti aku akan dapat lebih lagi,” ujarnya.
Bagaimanapun, dia menganggap kejadian itu adalah ujian diberikan Allah SWT sekali gus dijadikan sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati serta peka pada masa hadapan.
Video berdurasi hampir tiga minit itu meraih 1.4 juta tontonan dan lebih 5,000 komen netizen yang turut sedih serta simpati dengan nasib menimpa Fahada.
Rata-rata mengecam pemilik akaun kerana menganggap kesilapan itu sebagai ‘sedekah’ selain meminta mangsa membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.