New York dilanda banjir, keadaan bandar yang kotor buat ramai jijik

New York dilanda banjir, keadaan bandar yang kotor buat ramai jijik

Bandar New York sering diuar-uarkan sebagai bandar metropolis paling maju dan indah serta antara kawasan petempatan yang paling berprestij. Tetapi bencana alam yang menimpa bandar paling sibuk di Amerika itu baru-baru ini membuktikan bahawa seperti bandar-bandar besar yang lain, NYC lebih indah khabar dari rupa.

Beberapa adegan dramatik yang dirakam oleh penumpang kenderaan awam dan dikongsikan di media sosial menunjukkan keadaan bandar itu setelah dilanda banjir akibat hujan yang berterusan sejak beberapa hari lepas.

Orang ramai perlu menyeberangi kenaikan air yang keruh dan kotor hingga ke paras pinggang untuk ke kereta api bawah tanah setelah hujan memasuki kawasan platform.

Beberapa individu tiada pilihan lain selain membasahkan diri mereka untuk menyeberangi platform tersebut, sementara ada yang cuba menggunakan plastik sampah untuk melindungi diri dari basah.

Malah ada yang terpaksa menggunakan jet ski di jalan raya setelah banyak kereta yang ditenggelami air dan tidak dapat bergerak.

Beberapa jalan utama juga tergendala akibat banjir dengan sampah sarap terapung di dalam air yang keruh membuktikan betapa kotornya bandar New York.

Ribut Tropika Elsa yang sedang melanda bandar itu telah membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana persediaan metropolis itu untuk melalui kemusnahan krisis iklim dengan keadaan sekarang yang sudah cukup teruk.

“Ada air terjun yang cantik sementara tunggu kereta api…”

“Negara paling kaya di dunia…”

“Aku boleh nampak hepatitis dan cholera dari video ni…”

“Lepas sentuh air tu kau boleh pergi periksa kalau kau ada…”

“Masih ada hati nak cakap pasal negara dunia ketiga…”