Netizen terhibur Anwar Ibrahim tegur pengguna Twitter tak mahu dipanggil ‘Papa’

Netizen terhibur Anwar Ibrahim tegur pengguna Twitter tak mahu dipanggil ‘Papa’

Satu ciapan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta rakyat Malaysia supaya tidak memberinya nama panggilan sebagai ‘Papa’ mengundang perhatian warganaet di laman Twitter.

Ahli Parlimen Tambun itu membalas komen seorang pengguna Twitter, @mirulwrld yang mengucapkan ‘Selamat pagi papa’ di bawah posting berhubung rasuah dalam kalangan ahli politik di Malaysia.

 

Selamat pagi papa!

Kira-kira sejam selepas itu, beliau membalas dengan menulis ‘Jangan buat begitu’ kepada pengguna Twitter tersebut sehingga diulang kicau lebih 11,000 dan menerima 17,700 tanda suka.

Sebelum ini, dua Perdana Menteri memiliki panggilan ‘istimewa’ yang melambangkan figura kebapaan sekali gus membuatkan rakyat berasa dekat dengan pemimpin mereka.

Sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin and Datuk Seri Ismail Sabri menerajui negara, masing-masing yang mesra dipanggil ‘Abah’ dan ‘Pak Long’ tidak menolak dipanggil sebegitu terutama oleh warganet.

 

 

Untuk rekod, Anwar menamatkan penantian 24 tahun bagi bergelar Perdana Menteri susulan kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November lalu.

Sumber: Twitter Anwar Ibrahim