Netizen tak sangka, foto-foto lama Mira Filzah & suami seiras “Memang jodoh…”

Pasangan sama cantik, sama padan iaitu pelakon jelita Mira Filzah dan jejaka pilihan hatinya, Wan Emir Astar merupakan pasangan selebriti yang tak jemu dipandang oleh peminat mereka. Kisah cinta mereka juga dipuji warganet apabila pelakon popular itu tidak terlalu mendedahkan kisah dia dan suaminya.
Walau bagaimanapun, selepas mendirikan rumah tangga pada tahun lalu Mira Filzah dan suami sering mendapat perhatian ramai dan tidak disangka-sangka peminat dapat mengenali pasangan ini dengan lebih dekat menerusi laman YouTube milik mereka sendiri, #EmirAmirah yang nampaknya sudah mempunyai ramai pengikut.
Seperti yang diketahui, suami Mira Filzah bukanlah seorang selebriti sepertinya jadi apabila foto Wan Emir Astar dikongsikan di satu akaun Instagram membuatkan orang ramai terkedu melihat persamaan mereka disaat masih sekolah.
Beberapa foto yang dimuat naik ini mendapat perhatian peminat sejak akhir akhir ini apabila kecomelan pasangan serasi ini mengundang mereka tertarik.
Perkongsian itu juga diruangan komen dihujani dengan komen memuji kecomelan dan keserasian pelakon jelita itu dan suaminya yang mana rata-ratanya juga terkejut melihat wajah mereka yang begitu sama.