Netizen sayu dengar rakaman tular lelaki kehilangan isteri akibat Covid

Netizen sayu dengar rakaman tular lelaki kehilangan isteri akibat Covid

Baru-baru ini tular sebuah rakaman video berdurasi 2 minit 24 saat tentang rakaman panggilan telefon dipercayai petugas kesihatan dengan seorang lelaki yang memaklumkan tentang kehilangan Isterinya akibat virus Covid-19 yang dimuat naik di laman Facebook mengundang perasaan sedih netizen.

Video rakaman tersebut yang dikongsikan oleh seorang pengguna bernama Nur Adah di Facebook yang mana video perbualan tersebut berkaitan tentang seorang pegawai kesihatan memaklumkan kepada seorang lelaki bahawa isterinya sudah meninggal dunia.

Sejurus diberitahu tentang berita kematian isterinya, lelaki tersebut terus terkejut dan menangis apabila nama isterinya disebut beserta suara anak-anaknya turut didengari.Si suami dengan nada yang sayu meminta izin kepada pegawai kesihatan tersebut bersama-sama anaknya untuk bertemu dengan isterinya buat kali terakhir.

Pegawai kesihatan tersebut memberitahu bahawa pihak hospital meminta si suami untuk hadir ke bilik mayat untuk melakukan proses pengecaman mayat.Rata-rata diruangan komen di Facebook dibanjari dengan ucapan takziah kepada si isteri selain turut menzahirkan rasa simpati kepada nasib yang menimpa lelaki tersebut.

Tangkapa layar melalui komen dari video yang dimuat naik di laman Facebook mencetuskan rasa simpati netizen

Setakat ini, video tersebut sudah mencapai 5000 lebih tontonan dan juga sebanyak 356 kongsian dibuat oleh pengguna Facebook.

Disini kami dari pihak Oh! Media turut bersimpati terhadap nasib yang dihadapi oleh lelaki tersebut. Semoga isterinya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah (Dibaca)

Kredit: Kosmo!