Netizen puji Maryam gigih jahit pakaian baby jam 4 pagi

Netizen puji Maryam gigih jahit pakaian baby jam 4 pagi

Pasangan Instafamous, Maryam Yun Nae dan Ryzal atau turut dikenali sebagai nama Durian Kimchi sudah tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata pertama mereka.

Selepas mendedahkan hal itu pada April lalu, peminat Maryam yang berasal dari Korea itu semakin tidak sabar untuk menantikan kehadiran Maryam Junior apabila mereka baru-baru ini juga berkongsikan rasa gembira bakal menimang cahaya mata perempuan.

IMG_20210721_105146

Satu hantaran video terbaru di Instagram Durian Kimchi mengundang pula orang ramai memberikan pujian terhadap Maryam yang merupakan seorang ibu yang baik.

Kegigihannya pada jam 4 pagi menyiapkan pakaian anak perempuannya itu dengan menjahit sendiri mengundang orang ramai menghujani komen memuji kerajinan Maryam buat bakal anaknya itu yang rasanya tidak lama lagi dia akan melahirkan.

Dalam pada masa yang sama, Maryam juga membuatkan peminat merasa kagum dengan dirinya yang sanggup menjahit sendiri baju buat anaknya sehingga video yang dimuat naik ini juga ditonton ribuan kali oleh peminat dan pengikut.

 

Lalu menjengah ke ruangan komen di perkongsian tersebut pula, netizen meninggalkan respon senang mereka yang turut mendoakan proses Maryam bersalin dipermudahkan.

“Jarang ada ibu-ibu sekarang menjahit macam Maryam…”

Maryam

“Jahit tangan tapi kemasnya macam jahit guna mesin”

IMG_20210721_105109

“Sifat ibu yang terpuji. Sanggup buat yang terbaik untuk anaknya.”

Maryam