Netizen perli Aliff Syukri, 4 hari deactivate IG dah muat naik video baru ‘Propa je’

Netizen perli Aliff Syukri, 4 hari deactivate IG dah muat naik video baru ‘Propa je’

Baru empat hari lepas kecoh diperkatakan influencer yang juga pengasas produk kecantikan, Datuk Seri Aliff Syukri dilaporkan ‘merajuk’ hingga memadam kesemua gambar di Instagram milik beliau gara-gara dikecam netizen.

Ia berikutan video yang dimuat naiknya membabitkan dua individu penuh kontroversi iaitu Kak Long 7E dan Ratu Farah Diva yang dilihat terkinja-kinja di sebuah majlis kenduri.

Gelek

Perkara ini katanya bertambah buruk selepas ibu Aliff sendiri, Bonda Rozita telah membuat teguran secara umum kepada anaknya untuk berhenti memuat naik video yang mengundang kecaman netizen.

Baru 4 hari dah muat naik video baru? 

Namun belum sampai seminggu Aliff Syukri ‘merajuk’, semalam, dia dilihat memuat naik satu video baru di Instagram memaparkan dirinya sedang menari bersama batang mop.

 

Beliau yang juga katanya ingin mengundurkan diri dari media sosial ini sempat memuat naik teaser lagu terbarunya bersama Baby Shima yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Dalam video tersebut, Aliff bersama penyanyi dangdut itu dilihat sedang bersanding di atas pelamin.

 

Awak maafkan saya, suara saya terlalu sedap untuk disimpan. Saya perlu serlahkan bakat saya demi peminat setia saya.

“Saya tahu ramai yang jeles dengan bakat saya. Apapun, segala kegelisahan rakyat Malaysia mengenai lagu Baby Sayang akan terjawab esok,” katanya.

“Hakikatnya tak boleh hidup tanpa IG dan sosmed, propa je kan” 

Video-video yang dimuat naik Aliff telah mendapat pelbagai komen dari netizen yang mana rata-rata sudah cukup faham dengan gelagat pengasas kosmetik ini.

Mereka berpendapat Aliff kemungkinan besar tidak betah hidup tanpa media sosial dan sudah menjadi hobinya untuk memuat naik ‘content’ di aplikasi itu.

Ramai yang masih mengecamnya dengan mengatakan beliau seorang ‘attention seeker’, namun ada juga di kalangan netizen yang gembira dengan kemunculan semula Aliff di Instagram kerana gemar melihat keletahnya.

Aliff Syukri Dan Sosmed

Sumber: Instagram

Amacam korang excited tak nak tengok MV lagu baru Tok Alip dengan Baby Shima? Hiks!