Netizen kongsi MC pakciknya yang dirawat oleh Tun M pada 1963
Siapa je pernah sangka, doktor yang merawat korang akan jadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti?
Tambahan pula, kalau Perdana Menteri yang merawat korang tu merupakan yang paling lama dan banyak jasanya pada negara ini. Mesti terasa macam teruja sikit di situ kan.
Doktor pada tahun 60-an.. Jadi Perdana Menteri paling lama berkhidmat
Itulah yang terjadi dalam kisah ini, apabila beberapa hari lalu sebuah posting dibuat oleh netizen dengan menunjukkan sijil sakit milik pakciknya yang ditandantangani oleh Tun Mahathir sendiri.
Menerusi perkongsiannya di aplikasi Reddit, pengguna akaun dengan nama @mr_trickshot ini menunjukkan sekeping gambar MC yang dikeluarkan pada tahun 60-an.
Dalam sijil bertarikh 1 September 1963 itu menunjukkan ia dikeluarkan oleh MAHA Klinik yang telah terletak di Alor Setar, Kedah.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah, di hujung belah bawah MC tersebut terdapat nama dan tandatangan tokoh negarawan terkemuka yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7 iaitu Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.
Pada ketika itu, Tun Mahathir berusia 39 tahun dan masih bertugas sebagai seorang doktor namun dalam masa yang sama beliau sedang meningkat naik dalam arena politik ketika itu. Lalu pada tahun berikutnya, beliau yang mesra dengan panggilan Che Det telah memenangi pilihanraya umum bagi kerusi parlimen Kota Setar Selatan.
Dapat dilihat juga pada sijil sakit berkenaan, pakcik netizen itu yang bernama Zulkifli Bin Haji Ahmad telah diberikan cuti selama lima hari dan tidak perlu hadir ke sekolah bermula 1 hingga 5 September 1963.
“Saya suka ayat penulisan bahasa Melayu dulu”
Di ruangan komen, perkongsian netizen berkenaan membuatkan warganet yang lain terkejut dan teruja dalam masa yang sama. Ada yang kagum melihat tulisan dan ayat oleh Tun M itu dengan menyifatkan kata-katanya itu sungguh tersusun.
Selain itu ada juga mencadangkan supaya MC tersebut di frame dan diletakkan di dalam muzium.
Stylo gila weh! Kalau min ni memang terus frame pastu gantung dekat rumah. Benda rare kenalah kita jaga betul tak.