Netizen kembang tekak lihat lelaki makan buah dicampur susu badan isteri
Kecoh di laman sosial, seorang lelaki bertindak mencampurkan susu badan isterinya ke dalam buah campur telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @mr.rorroy di laman TikToknya, dia menunjukan sekampit susu yang dipercayai lebihan daripada anaknya dan mencampurkan susu tersebut ke dalam sebuah bekas buah-buahan.
Sehingga kini, rakaman tersebut telah meraih lebih 1 juta tontonan dan mendapat lebih 40,000 tanda suka daripada warganet selepas sehari dikongsikan dalam aplikasi tersebut.
@mr.rorroy Agak2 rasa apa ek 😋
Netizen kurang senang dengan tindakan lelaki itu
Difahamkan, lelaki itu mahu menghabiskan lebihan yang ditinggalkan oleh anaknya dan susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakannya sehingga berlaku pendebatan dalam kalangan mereka.
Betul ke boleh minum susu badan isteri?
Bagi memperjelaskan isu ini, menurut laporan theAsianparent, hukum minum susu badan ibu adalah harus dan suami tidak akan menjadi bayi susuan kepada isterinya walaupun dia terminum susu isterinya sama ada cara botol, gelas atau secara terus.
Bagaimanapun, ia jatuh makruh jika ia menjejaskan penyusuan bayi kerana susu ibu adalah satu-satunya makanan dan minuman bagi bayi untuk membesar dengan sihat.
Kembang tekak bila tengok
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen tidak sanggup untuk mencuba minum susu badan ibu kerana ia jarang dilakukan oleh para suami.
Sumber: TikTok @mr.rorroy, theAsianparent