Netizen kagum lihat lelaki tiru pelbagai suara kartun, “Wow gempak!”

Netizen kagum lihat lelaki tiru pelbagai suara kartun, “Wow gempak!”

Bukan mudah untuk orang biasa meniru suara kartun seperti yang dilakukan oleh pelakon suara terkenal. Tetapi baru-baru ini, seorang lelaki tular apabila dia berjaya meniru pelbagai suara kartun di dalam satu video.

Video tersebut juga menarik perhatian ramai apabila ia menerima hampir satu juta tontonan dalam masa satu hari dikongsikan. Netizen juga turut sama tergamam melihat kehebatan lelaki ini dalam meniru suara kartun dalam animasi popular ini.

@aisyhisyam

#stitch with @zackie chan #shouldbeme tak de ler sama sangat tapi hshshsh

♬ original sound – ice mint candyy 🍭 – ice mint candyy 🍭

Menerusi video yang dikongsikan ini, lelaki itu telah menyahut cabaran yang diberikan untuk meniru suara kartun di dalam video kali ini. Dia juga telah memilih beberapa watak kartun yang popular dari pelbagai siri kartun yang cukup terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bukan hanya satu, malah dia berjaya meniru enam watak kartun yang popular ini. Antaranya ialah watak-watak dari animasi BoBoiBoy, Doraemon dan Upin & Ipin. Semua cubaannya ini juga berjaya memukau netizen yang menonton.

Rata-rata netizen turut sama kagum melihat bakat yang dimiliki lelaki ini dalam meniru suara kartun terkenal ini. Malah ramai yang menganggap semua cubaannya ini berjaya dan sama dengan suara asal watak tersebut.

“Wow gempak.”

netizen kagum

“Ingatkan satu je, sekali 6 dia bagi…”

kartun

“Semua dia tapaw.”

komen

“Weyy semua boleh.”

tik tok