Netizen dakwa warna baju sedondon Shuib & Watie ada makna? “dah perasan lama sebenarnya..”
Pelawak dan penyampai radio, Shuib pernah mended4hkan sebelum ini dia kini sedang mengenali hati budi seseorang namun hubungan itu masih lagi belum ke tahap serius. Sebelum ini juga, Shuib pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita antaranya Zara Zya dan Wan Sharmila yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pelawak itu.
Namun dakwaan itu ditepis Shuib apabila dia mengatakan insan yang sedang dikenalinya itu bukanlah dari golongan artis. Baru-baru ini pula, kecoh di media sosial tentang identiti seorang wanita yang dikatakan kekasih kepada Shuib berdasarkan pada beberapa gambar yang dimuat naik di Instagram.
Menerusi video yang dikongsikan ini, netizen mempersoalkan hubungan Shuib dan seorang wanita dikenali sebagai Watie yang dilihat memakai baju dengan warna yang sama semasa menghadiri dua buah konsert baru-baru ini. Kedua-dua konsert yang dimaksudkan ialah konsert penyanyi Anuar Zain dan Ziana Zain serta penyanyi Indonesia, Dewa 19.
@farahana2506 betul ke shuib dgn watie?? #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #fypp #pelitfyp #tiktoktravel #shuib #shuibsepahtu
Berdasarkan gambar yang dimuat naik di Instagram, Shuib dan Watie juga dilihat memakai baju sedondon semasa menghadiri konsert tersebut walaupun tidak berkongsikan gambar secara berdua. Tidak cukup dengan itu, netizen mendakwa Shuib juga sering ‘like’ gambar yang dimuat naik oleh usahawan wanita itu di Instagram.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi melihat pendedahan yang dikongsikan ini. Ada juga yang tidak merestui dan menganggap mungkin juga ia hanyalah satu kebetulan sahaja namun ada juga yang mendakwa pernah melihat wanita itu keluar bersama anak-anak Shuib sebelum ini.
“Adoi jangan lah wati ni.”
“Yang kenan-kenan tiga orang sebelum ni artis kena. Yang ni kenapa rasa macam tak kena…”
“Lama dah perasan. Watie selalu bawa anak-anak dia keluar.”
“Patut dok perasan Shuib sentiasa like pic setiap kali watie upload di IG.”