Netizen cair lihat si comel buat hal sampai kena bebel terus buat muka ‘cute’

Netizen cair lihat si comel buat hal sampai kena bebel terus buat muka ‘cute’

Bagi yang memelihara kucing sangat fahamlah bagaimana perangai si bulus ini yang kadangkala boleh menunjukkan telatah nakal yang membuatkan pemilik juga tepuk dahi memikirkannya.

Siapa menyangka, si comel juga pandai buat hal malah lebih mencuit hati, boleh pula merajuk disaat dimarah atau merasa tidak kena.

Ia juga dapat dibuktikan dalam satu rakaman video yang dimuat naik oleh seorang pengguna aplikasi TikTok atas nama Ayu Syaheera apabila si comel kesayangannya buat hal.

IMG_20210727_101658

Lalu tidak semena-mena dimarahi oleh ibunya pula sampai kena bebel disaat si bulus ini duduk di atas bahagian tepi sofa yang mungkin boleh menyebabkan dirinya jatuh.

Namun begitu, manalah tidak cair netizen di buat oleh haiwan kesayangan ramai ini kerana reaksinya selepas mengetahui dirinya dimarahi oleh ibu individu itu.

“Cuba dengar mama marah kucing, sama macam mama marah anak-anak, ” tulisnya dalam video apabila ibunya dikatakan memarahi kucing sudah seperti memarahi mereka sebagai anak-anaknya.

@ayu_shaklee

Reply to @mr.elmi eii comei nyaaaa🤣🤣#catsoftiktok #fyp

♬ Malini – Thuan Baharr

Melalui ruangan komen di video itu, telatah comel si bulus ini yang membuat reaksi manja selepas dimarahi ibu mengundang netizen juga tidak dapat menahan ketawa lalu berseloroh dengan pelbagai respon buat haiwan kesayangan ramai ini.

“Terus buat…”

KucingIMG_20210727_101813

“Kucing ni pandai…”

IMG_20210727_101832Kucing

“Boleh pulak…”

IMG_20210727_101731