Neom: Projek mega Bandar Raya Masa Depan bernilai USD500 billion di Arab Saudi

Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman (MBS) merupakan orang yang sangat terkenal di Semenanjung Tanah Arab. Beliau merupakan putera raja yang mempunyai pemikiran moden dan kini sedang membangunkan ekonomi Arab Saudi secara besar-besaran.

Ini dicapai dengan melakukan pelaburan terhadap  dunia teknologi di mana sebelum ini Arab Saudi sangat bergantung kepada pengeluaran minyak sebagai sumber utama pendapatan.

Putera Mohammed bin Salman terkenal sebagai pengasas kepada syarikat minyak terbesar di dunia, Saudi Aramco dan juga pelabur terbesar syarikat teknologi Softbank. Kini beliau telah memulakan satu projek mega yang dikenali sebagai Neom yang bakal menjadikan Arab Saudi sebagai negara yang paling maju di Timur Tengah pada masa akan datang.

Bagaimana Projek Neom Terhasil?

This image has an empty alt attribute; its file name is Neom-Projek-Mega-Arab-Saudi-Yang-Merupakan-Bandar-Raya-Masa-Hadapan2-700x466.jpg
Kredit Gambar: Jobs

Neom bermaksud “New Future” yang  berasal daripada bahasa Greek dan mula dibangunkan pada tahun 2017 hasil daripada ilham Putera MBS. Ia merupakan projek mega dengan membangunkan bandar baru serba moden dan berteknologi tinggi yang melibatkan jumlah wang yang sangat besar yang ditanggung oleh kerajaan Arab Saudi sendiri.

Projek ini dianggarkan bernilai USD500 billion dan bakal menaikkan nama Arab Saudi di mata dunia.

Projek ini terletak di sebelah barat laut negara tersebut dan melibatkan kawasan seluas 10,230 batu persegi di wilayah Tabuk. Kawasan tersebut merupakan kawasan yang sangat strategik kerana terletak bersebelahan dengan Laut Merah yang merupakan laluan perdagangan dunia.

Neom merupakan projek bandar raya moden untuk Arab Saudi yang mempunyai 14 sektor yang penting melengkapi bandar raya tersebut. Di antaranya adalah sektor pelancongan, kesihatan, pendidikan, perkilangan, tenaga, pertanian dan sebagainya.

Kredit Gambar: Puk

Projek ini akan dilengkapi dengan peralatan berteknologi tinggi seperti bulan buatan manusia, teksi terbang, hujan buatan, hologram dan robot sebagai orang gaji. Keluasan tapak projek ini adalah 33 kali bandar New York yang bakal menjadikannya bandar raya mega.

Selain melibatkan hubungan di antara dunia luar, projek ini juga didakwa mengambil tanah penempatan golongan Badawi yang telah sekian lama tinggal di padang pasir dan menjadikannya kediaman mereka.

Terdapat golongan Badawi yang diusir secara paksaan disebabkan kerajaan Arab Saudi mengambil tanah mereka untuk membangunkan projek ini. Ini telah menimbulkan kemarahan golongan hak asasi manusia.

Perkembangan Projek Neom

Kredit Gambar: Blooloop

Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, projek ini masih lagi berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan. Pandemik yang melanda telah mengakibatkan projek ini bergerak sedikit perlahan daripada tarikh ianya dijangka siap pada tahun 2025.

Terkini, Putera Arab Saudi telah melancarkan lagi gagasan projek yang dikenali sebagai The Line yang merupakan projek gagasan bandar pintar sepanjang 170km. Projek melibatkan penambahan sebanyak USD200 bilion.

Projek itu yang merupakan sebahagian daripada Neom yang bakal menempatkan hampir sejuta penduduk yang akan tinggal di sana.

Kontroversi Melanda

Walaupun nampak menarik di atas kertas, projek ini berdepan dengan kontroversi yang menimpa yang telah membantutkan perkembangan projek ini. Projek ini menghadapi masalah melibatkan hubungan diplomatik negara Arab Saudi dengan dunia luar disebabkan pembunuhan wartawan terkenal negara tersebut iaitu Jamal Khashoggi.

Dunia percaya ianya melibatkan Putera MBS sebagai dalang kepada pembunuhan tersebut. Pelabur asing yang pada mulanya berminat untuk melabur di dalam projek tersebut telah menarik diri.

Dengan pengenalan tersebut, projek ini akan menjadi projek yang terhebat di era moden dan membuka mata pihak luar tentang perkembangan dunia teknologi di Arab Saudi. – ML